Kg Siam : Kerajaan DAP Ada Kuasa Pertahan Tanah Penduduk

PULAU PINANG 4 Okt. - Kerajaan DAP negeri mempunyai kuasa menyelamatkan perkampungan Siam di Pulau Tikus dekat sini, daripada dirobohkan pemaju namun memilih membiarkan penduduk berdepan kes itu di mahkamah.

Sambil membidas sikap tidak bertanggungjawab kerajaan negeri, Setiausaha Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, kerajaan negeri boleh mewartakan perkampungan Siam yang berusia kira-kira 200 tahun itu sebagai kampung warisan, bukannya menuding jari kononnya usaha itu hanya boleh dilakukan Kerajaan Pusat.

Perkara itu, menurut beliau, termaktub dalam Enakmen Warisan Pulau Pinang 2011 yang menyebut, Pesuruhjaya Warisan Negeri dengan kelulusan pihak berkuasa negeri boleh menetapkan mana-mana tapak di negeri ini yang mempunyai nilai warisan semula jadi atau warisan ketara sebagai tapak warisan.

“Hakikatnya, kerajaan negeri mempunyai kuasa mewartakan kampung itu sebagai tapak warisan, tetapi mereka tidak berbuat demikian dan mendakwa tanggungjawab tersebut terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

“Sehubungan itu, kita tertanya-tanya di mana keikhlasan Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam membantu penduduk perkampungan Siam ini mempertahan penempatan mereka?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Guan Eng sebelum ini kononnya kerajaan negeri hanya mampu menawarkan bantuan guaman kepada penduduk di perkampungan Siam itu untuk mempertahankan kampung berkenaan di mahkamah memandangkan usaha mewartakannya sebagai kampung warisan hanya boleh dibuat Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, usaha kerajaan negeri itu menimbulkan tanda tanya memandangkan dalam kebanyakan kes membabitkan pengosongan tanah sebelum ini, mahkamah akan berpihak kepada pemaju kerana penduduk tidak mempunyai kredibiliti memandangkan mendiami tanah tersebut secara warisan.

Dalam pada itu, Tong Keong turut melahirkan rasa kecewa dengan sikap Guan Eng yang dilihat menyembunyikan perkara sebenar berhubung peranan yang boleh diambil kerajaan negeri dalam pertemuan bersama penduduk perkampungan Siam terbabit.

Menurut beliau, selepas hampir enam tahun mentadbir negeri ini dan berdepan dengan banyak kes membabitkan pengosongan tanah, Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya lebih matang dan bersungguh-sungguh dalam mempertahankan hak penduduk.

“Kita kecewa kerana Guan Eng tidak memberitahu rakyat khususnya penduduk di perkampungan Siam perkara sebenar mengenai arahan pengosongan tanah mereka.

“Tindakannya itu menimbulkan persoalan sama ada dia sememangnya tidak mengetahui mengenai peranan kerajaan negeri atau sengaja menyembunyikan kebenaran daripada penduduk," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak Guan Eng memberikan penjelasan sebenar kepada penduduk di perkampungan Siam berkenaan berhubung tanggungjawab kerajaan negeri dalam mempertahankan perkampungan tersebut mengikut Enakmen Warisan Pulau Pinang 2011.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana