kes Liwat II kecoh, penyokong Anwar baling telur



PUTRAJAYA: Suasana tenang sebelum sesi prosiding pada belah petang bermula dicemari dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh lebih 20 penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kejadian itu terjadi pada jam 2.25 petang tadi bermula dengan tindakan membakar poster muka pengadu kes liwat II, Saiful Bukhari Azlan.

Kemudian, salah seorang ahli penyokong terbabit membaling telur ke arah pasukan keselamatan dan bertindak merempuh penghadang.

Kejadian baling telur itu menyebabkan beberapa anggota polis, petugas media dan beberapa penyokong Ketua Umum itu terkena sisa telur yang pecah.

Kekecohan tersebut akhirnya dileraikan oleh anggota parti yang lain.

ADUN Taman Medan, Haniza Talha yang kemudiaannya hadir di kalangan penyokong itu meminta kebenaran dari seorang pegawai polis itu memasuki kawasan penghadang dan menggunakan khemah dengan alasan hujan.Pada awalnya mereka tidak dibenarkan berbuat demikian, namun atas budi bicara pihak polis mereka dibenarkan berteduh ekoran hujan lebat.

Kekecohan itu juga menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana