Kerana bantah pesta arak Oktoberfest, ADUN DAP dakwa MP Temerloh tak matang

ADUN Bukit Tunku, Lau Weng San menyifatkan tindakan ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi sebagai tidak relevan dan kurang matang apabila membidas penganjuran Pesta Oktoberfest.

Katanya, iklan tersebut juga dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukan Bahasa Malaysia.

Apatah lagi, ia (Octoberfest) memang untuk bukan Muslim sahaja.

"Apa masalah dengan Nasrudin Hasan Tantawi? Iklan ini tidak dalam Bahasa Malaysia pun. Memang ia untuk bukan Muslim sahaja.

"Saya kesal dengan kenyataan Nasrudin Hassan Tantawi hari ini tentang tulisannya tentang penganjuran Pesta Oktoberfest," katanya melalui laman sosial Facebook.

Malah, beliau menyifatkan tindakan Nasruddin itu sebagai tidak relevan dan kurang matang.

Beliau juga turut menyenaraikan beberapa sebab berikut:

1. Pesta Oktoberfest telah diadakan di negara ini sejak sekian lama dahulu. Ianya tidak mendatangkan masalah kepada umat Islam kerana memang umat Islam ditegah untuk mengambil bahagian dalam pesta ini.

Tiada penganjur Pesta Oktoberfest yang berani mengundang masalah dengan membenarkan umat Islam mengambil bahagian dalam pesta ini.

Pesta ini biasanya diadakan di premis swasta dan bukannya tempat awam. Nasrudin Hassan Tantawi harus membezakan antara pengunjung-pengunjung ke Pesta Oktoberfest dengan kaki-kaki botol di taman-taman awam.

2. Malaysia, khususnya Selangor, ialah sebuah negara/negeri berbilang kaum dan agama. Minuman beralkohol dibenarkan di negara ini.

Selagi pengunjung-pengunjung Pesta Oktoberfest menjaga akhlak diri dan tidak mengganggu ketenteraman awam, maka tiada sebab ianya ditegah.

Sekiranya pun mereka mabuk dan mengganggu ketenteraman awam, maka pihak PBT dan PDRM mempunyai kuasa di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengunjung-pengunjung ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana