Kepulangan Shalwati Disambut Suami...Alhamdulilah

SEPANG 1 Okt - Warga Malaysia, Shalwati Norshal, 46, yang dibebaskan dari Penjara Hinseberg di Frovi, Sweden, kelmarin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada jam 1.41 tengah hari tadi.

Ketibaan beliau disambut suami, Azizul Raheem Awalludin dan anggota keluarga dengan penuh emosi setelah sekian lama menantikan keputusan dai pihak Sweden.

Shalwati dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama enam bulan kerana didapati bersalah memukul dan mendera empat anaknya dalam beberapa insiden sejak September 2010 hingga Disember tahun lalu.

Azizul yang juga Pegawai Tourism Malaysia di Sweden yang terlebih dahulu dibebaskan atas kesalahan sama telah pulang ke Malaysia pada 15 Julai lalu. Foto - BH Online

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana