KDN cadang nak tangkap tanpa bicara operator judi

Isu judi yang masih berleluasa sekalipun operasi demi operasi dilancar membentasnya bergema dalam sidang Dewan Rakyat pagi Rabu.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamid tampil mengambarkan azam kerajaan membenterasnya dan kerumitan yang dihadapi.
Malah beliau menegaskan kementeriannya sedia timbang langkah menahan tanpa bicara mereka yang disyaki operator judi jika ' pembangkang tidak memekak membantahnya'.

"Saya melihat langkah-langkah pencegahan termasuk tangkapan tanpa bicara InsyAllah kita akan lakukan termasuk guna POKA..jangan pula pihak sana (pembangkang) kata kenapa tahan tanpa bicara.

"Soalnya tidak ada bukti yang boleh bawa mereka ke mahkamah..itu sebabnya kita mahu tangkap mereka ikut POKA,"katanya.

Beliau menjawab soalan asal dan soalan tambahan dari Ahli Parlimen BN kawasan Titiwangsa Datuk Johari Ghani yang mahu langkah tegas kerajaan membenteras judi khususnya judi siber yang masih berleluasa.

Ahli Parlimen itu juga antara lain mahu polis bertindak tahan tanpa bicara operator judi dan juga merampas premis yang disewa untuk kegiatan judi ' untuk tengok siapa yang berani terus bergiat selepas ini'.

Beliau juga mahu PDRM adakan KPI untuk OCPD dalam usaha benteras judi.Katanya ' something wrong' OCPD tidak tahu jika premis judi berleluasa dalam kawasan mereka.

Zahid memuji sikap Ahli Parlimen BN Titiwangsa itu yang sanggup turun ke bawah untuk periksa sendiri untuk benteras gejala ini." Ini contoh terbaik yang saya dapat tahu,"katanya.

Beliau mengajak kalangan Ahli Parlimen BN dan pembangkang bersatu suara dalam usaha ini termasuk menyokong usaha membaharui beberapa undang-undang yang sudah lapuk dalam usaha benteras judi.

Zahid menyifatkan suatu lumrah tauke judi tidak takut polis kerana diketahui server laman web judi semuanya berada di luar negara.

Serentak dengan itu beliau mengumumkan Skuad Khas benteras judi PDRM yang bertindak terus dari Buikit Aman dijangka beroperasi Disember ini.

Katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan tambahan anggota dan pegawai seramai 200 orang untuk skuad ini.

Zahid memberitahu sepanjang tempoh dari Januari 2013 hingga Ogos lalu sebanyak 197,477 komputer yang dijadikan mesin judi haram bernilai RM197.4 juta dirampas d

Katanya seramai 2,500 orang didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala 1,753 orang didakwa mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan.

Menteri itu menegaskan usaha membenteras judi memerlukan gerakan bersepadu semua pihak termasuk Tenaga Nasional dan pihak berkuasa air untuk memotong letrik dan air di premis judi.

Begitu juga sokongan dari Suruhan jaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).Sebanyak 53 laman web yang kendali judi siber telah dikenalpasti setakat ini.

"Ini kerana apabila mesin judi dan komputer dirampas...talian tidak dipotong.INi bidang kuasa SKMM

Menurut Zahid pihak berkuasa tempatabn (PBT) di negeri-negeri juga harus memainkan peranan tidak mengeluarkan permit Pusat Hiburan Keluarga (PHK) dan pembukaan siber cafe.

Katanya PBT di negeri-negeri jangan keluarkan langsung lesen PHK ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana