KALAU DAH MEMANG JANJI NYA TEMPAT ANWAR DI DALAM PENJARA, BUAT APA SEKALI PUN TETAP KE DALAM

 Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai timbalan pendakwaraya kes liwat beliau.

Ketua Hakim Tun Ariffin Zakaria berkata, Anwar sepatutnya memfailkan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang melantik Shafee sebagai timbalan pendakwaraya bagi kesnya.

Beliau berkata alasan yang diberikan peguam Anwar, Tommy Thomas adalah Shafee tidak mempunyai merit.

“Shafee layak dan sesuai untuk dilantik sebagai timbalan pendakwaraya,” kata Ariffin dan menambah kehadiran peguam itu tidak akan menjejaskan integriti rayuan Anwar di hadapan mahkamah tertinggi negara akhir bulan ini.

Mahkamah pada 20 Disember 2013, telah menolak permohonan pertama Anwar untuk mengetepikan Shafee ketika menolak akuan berkanun Mat Zain.
Manakala pada 11 Feb, permohonan kali kedua Anwar turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Dr. Muhammad Shafee sebelum ini berkata, mahkamah hari ini mula sedar, dimana proses rayuan yang dibuat oleh Anwar dan peguamnya adalah satu tindakan untuk melengah-lengahkan rayuan kes liwat membabitkan diri beliau.

“Alasan yang dikemukakan adalah alasan yang remeh, sebab itu mahkamah telah membuat keputusan bahawa ini adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah.
“Ia juga melibatkan Anwar menerusi peguam-peguam beliau sebagai tuntutan guaman yang haya menyusahkan mahkamah dengan beberapa permohonan yang remeh temeh.” katanya kepada pemberita di lobi Istana Kehakiman sebelum ini.

Jelas Shafee, beliau membantah keputusan Anwar untuk menangguhkan kes yang sedang berjalan hari ini walaupun mahkamah telah membuat keputusan,
“Kes rayuan hari ini pun dia (Anwar) mahu tangguhkan, tetapi saya bantah. katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana