Kahwin diri sendiri gara-gara frust bercinta

TIDAK tahan dengan hubungan cinta yang sering kecundang, seorang wanita mengambil langkah luar jangkaan mengahwini dirinya sendiri di hadapan 50 tetamu yang hadir pada majlisnya.

Grace Gedler melamar dirinya sendiri di Parliament Hill, utara London pada November lalu dan akhirnya mengahwini dirinya sendiri pada Mac lalu.

Menurut laporan Metro.uk, tindakannya diinspirasikan oleh sebuah lagu dari penyanyi, Bjork yang bertajuk ‘My name’s Isobel, married to myself’.

Gedler yang menyendiri sejak enam tahun lalu, mengambil keputusan untuk membina perhubungan cinta yang dikatakan kekal abadi, iaitu dirinya.

Majlis perkahwinannya yang disaksikan oleh rakan-rakan dan adiknya berakhir dengan ciumannya pada sebuah cermin.

Menurut Gedler, dia masih waras sewaktu mengumumkan perkahwinannya.

“Saya sangat selesa dengan motivasi diri saya. Saya telah melalui sebuah perjalanan hidup dengan perkembangan peribadi yang baik seperti meditasi untuk meningkatkan prestasi dan kesedaran diri saya.

“Saya juga telah mengikuti satu program Shakti Tantra dengan memberi tumpuan kepada seksualiti dan juga mempelajari cara untuk membuat perjanjian dengan diri sendiri dan orang lain,” katanya.

Seperti bakal pengantin lain, Gedler dikatakan kelihatan gelisah pada hari perkahwinannya.

Bagaimanapun majlis tersebut dikatakan berjalan dengan lancar dan Gedler kini tidak lagi menyendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana