Jenazah Ibu Hishammuddin Selamat Disemadikan


KUALA LUMPUR 4 Okt - Jenazah bonda kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn, Tun Suhailah Mohamad Noah, 82, telah selamat disemadikan pada jam 2.15 petang di Makam Pahlawan Masjid Negara hari ini.

Turut menyaksikan majlis persemadian itu antaranya anaknya, Datuk Seri Hishammuddin Hussien Onn bersama isterinya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri serta beberapa Menteri Kabinet.

Jenazah yang dibawa dari kediamannya di Jalan Bukit Tunku sebelum dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan.

 Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Mohamad Mohd Zin Istiadat telah menyempurnakan pengkebumian dan bacaan talkin pada hari ini.

Sebelum itu, suasana hiba telah menyelubungi tetamu yang berkesempatan menziarahi jenazah di kediamannya.

Isteri kepada Perdana Menteri ketiga itu menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara akibat sakit tua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana