Isu Anjing Perkara Remeh, Baik Cerita Isu Air - MB Selangor

KUALA LUMPUR 21 Okt - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, dilaporkan seolah-olah memandang remeh berkenaan isu berkaitan kepentingan agama Islam yang berlaku di dalam negeri yang baru dipimpinnya, Selangor.

Enggan mengulas mengenai kempen memegang anjing yang menimbulkan kontroversi dan kecaman dari para ulama di Malaysia, Azmin menganggap isu air di negeri itu lebih penting.

"Kita cerita pasal isu air...isu besarlah, ok?," kata Menteri Besar Selangor itu ketika ditanya media, semalam.

Kempen memegang anjing menerusi program "I Want To Touch a Dog" anjuran individu dikenali Syed Azmi Alhabshi yang berlangsung di Central Park, Bandar Utama di Petaling Jaya baru-baru ini menimbulkan kontroversi dari pelbagai pihak.

Pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berkata, kempen seumpama itu merupakan agenda "halus" golongan berfahaman liberalisme dan pluralisme di dalam Islam untuk menghalalkan sesuatu yang sudah diharamkan Allah SWT kepada hambaNya.

"Ini semua ada agenda halus untuk meliberal dan mempluralkan agama.

"Ianya gerakan yang cukup halus dan dimulakan dengan satu kempen secara kecil-kecilan yang akhirnya akan merubah dan menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.

"Kalau hendak dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan ayam dan lain-lain tidaklah boleh dipandang ringan kerana ianya melibatkan urusan ibadat seharian," katanya yang dipetik dari Sinar Harian.

Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut pula berpandangan bahawa penganjuran program itu satu percubaan menghina ulama dan pihak berkuasa agama di negara Islam ini.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

"Perkara ini dilarang kerana tiga perkara iaitu agama, kesihatan dan budaya yang bercanggah dengan Islam. Perlu diingat di Malaysia kita berpegang teguh kepada mazhab Shafie," katanya yang dipetik dari Malaysian Insider.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman menegaskan bahawa umat Islam tidak wajar mengambil mudah tentang kempen itu dan perlu merujuk pihak berkuasa agama terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana