Inilah sebagai Contoh terbaik Presiden Indonesia yang Baharu....Joko Cadang Naikkan Harga Minyak 50 Peratus.

JAKARTA 17 Okt. - Bakal Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo merancang menaikkan harga petrol dan diesel kira-kira 50 peratus dalam tempoh dua minggu selepas majlis angkat sumpah jawatan tersebut, tindakan yang dijangka menjimatkan kerajaan kira-kira AS$13 bilion (RM39 bilion) tahun depan.

Pembantu Joko berkata, beliau mahu meningkatkan harga petrol dan diesel sebanyak 3,000 rupiah (80 sen) seliter menjelang November ini.

Minyak petrol Indonesia kini berharga 6,000 rupiah (RM1.61) seliter dan bagi diesel pula 5,500 rupiah (RM 1.48).

Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi dan regunya, Jusuf Kalla 'JK' memenangi pilihan raya presiden Indonesia 2014 seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) 23 Julai lalu.

Jokowi-JK memperoleh 70,990,832 undi atau 53.15 peratus daripada keseluruhan 133,567,276 undi sah.

Lawan mereka Prabowo Subianto dan regunya Hatta Rajasa menerima 62,576,444 undi atau 46.85 peratus.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana