Iklan payudara Punya Hal..... penyebab 500 kes kemalangan

MOSCOW: Walaupun tidak mempamerkan keseluruhan imej payudara, iklan yang terpampang pada 30 buah lori telah mengakibatkan 500 kes kemalangan direkodkan di bandar ini dalam tempoh 24 jam.

Iklan tersebut dengan imej seorang wanita memegang payu daranya dengan jalur biru tipis menutupi bahagian puting hanya tertulis 'Mereka menarik'.

Pengguna jalan raya yang tidak senang dengan iklan itu telah membuat laporan polis bagi membuang iklan tersebut dari jalan-jalan di bandar berkenaan.

Seorang penunggang motor, Ildar Yuriev, 35, turut menjadi salah seorang mangsa kemalangan.

"Saya sedang dalam perjalanan ke perjumpaan bisnes dan ternampak satu gambar payudara yang besar tertampal di bahagian tepi lori.

"Kemudian saya dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan fokusnya lari apabila ternampak lori tersebut," tambahnya lagi.

Syarikat pengiklanan yang berkenaan, Sarafan Advertising Agency berkata pihaknya akan menyediakan pampasan kepada mereka yang terjejas akibat kemalangan yang disebabkan iklan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana