Ibu tunggal bertindak di luar dugaan apabila memotong tangannya

Kuala Berang: Seorang ibu tunggal bertindak di
luar dugaan apabila memotong tangannya dalam
kejadian di Kampung Durian Kasim, Ajil, dekat
sini, semalam.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wanita berusia 2
tahun berkenaan, memotong tangannya dalam
bilik air menggunakan tiga pisau pemotong
daging tanpa disedari ahli keluarganya.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung (JKKK) Durian Kasim,
Kamarudin Mamat, 53, berkata, mangsa dipercay
mengalami gangguan emosi dan mengambil tiga
pisau pemotong daging sebelum terperap di
dalam bilik air bersendirian.
Menurutnya, wanita itu dikatakan memotong
pergelangan tangan kiri hingga putus tanpa
pengetahuan enam ahli keluarga yang ketika itu
berada di rumah.
Katanya, adik-beradik mangsa tidak menyedari
kejadian itu kerana wanita berkenaan tidak
mengerang, mahupun menjerit ketika melakukan
perbuatan ngeri itu.
“Wanita itu berbaju lengan panjang dan keluar
rumah dalam keadaan berlumuran darah dan
akhirnya rebah di pekarangan kediamannya. Adik
mangsa yang kebetulan membaiki kereta di luar
rumah ketika itu terkejut melihat kakaknya rebah
di luar rumah dengan tangan kiri terputus.
“Remaja lelaki itu segera memaklumkan kepada
ahli keluarga sebelum mereka tergamam melihat
pergelangan tangan kiri bersama tiga pisau
daging masih berada di dalam bilik air rumah
mereka,” katanya, semalam.
Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku dia
sedang bekerja tidak jauh dari rumah mangsa da
bergegas ke lokasi kejadian sebaik mendapat ta
daripada bapa saudara mangsa.
Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian,
mangsa bersama cebisan tangan kirinya sudahpu
dibawa ahli keluarga ke Hospital Hulu Terengga
(HHT) untuk rawatan selanjutnya.
Sementara itu, jurucakap HHT berkata, pihaknya
mengesahkan ada menerima kes wanita berkenaa
jam 11 pagi, semalam.
Menurutnya, mangsa dirujuk ke Hospital Universi
Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan untuk
berjumpa pakar perubatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana