Hubungan dengan DAP... 'angin' apa yang pukul pemimpin PAS akhir-akhir ini..?

Ramai pemerhati politik sok sek gosip sesama sendiri... 'angin apa yang pukul' PAS sehingga beberapa pemimpinnya dua tiga hari ini minta sekutunya DAP hormat pendirian mereka.
Macam pepatah jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah.

Apa yang DAP tidak hormat pada PAS sehingga dua pemimpin level tinggi macam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayab dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar terpaksa bersuara.

Jika lihat pada latar belakang, kedua-duanya bukan kumpulan ulama yang memang diketahui umum tidak suka dengan DAP.

Salahuddin dan Mahfuz kumpulan profesional yang rapat dengan ulama. Jadi apa sebabnya mereka gelisah...?

Apakah wujud tekanan kepada PAS untuk tunduk kepada desakan DAP sehingga mengenepikan prinsip perjuangan parti itu...?

Pada Khamis, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mahu DAP diminta menghormati pendirian PAS dalam menegakkan syiar Islam, sebagaimana parti tersebut menghormati DAP dalam isu penganjuran Oktoberfest.

Beliau berharap kedua-dua parti itu mencapai persefahaman dengan menghormati pendirian satu sama lain.

“Saya menghormati pendapat seorang pemimpin DAP yang menyokong penganjuran Oktoberfest, dengan mengatakan parti itu dibuat di tempat tertutup dan hanya untuk orang bukan Islam.

“Kenyataannya itu saya hormat, oleh itu, saya turut meminta DAP menghormati pendirian PAS untuk menegakkan hukum syariat, kerana ia hanya untuk orang Islam,” katanya.

Menurut Salahuddin, beliau tidak kisah orang bukan Islam mahu minum sebanyak mana minuman keras di Pesta Oktoberfest, asalkan tidak membabitkan orang Islam.

Baginya, isu Oktoberfest dan hukum hudud tidak perlu diperbesarkan, jika kedua-dua parti menghormati serta memahami matlamat satu sama lain.

“Sudah lebih lima tahun Pakatan Rakyat (PR) ditubuhkan, oleh itu, saya berharap hubungan parti dalam PR berjalan dengan baik, supaya PR dapat dikekalkan untuk memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.

Pesta arak Oktoberfest bermula bulan lalu di sebuah hotel di Subang, diikuti beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Puchong, Kepong, Batu Pahat, Petaling Jaya dan Pulau Pinang.

Kemuncak pesta itu berlangsung pada 10 hingga 12 Oktober lalu, di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Selasa lalu, Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar meminta Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen lebih bersifat demokratik dalam isu pelaksanaan hudud.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Ahli Parlimen DAP Kuching itu bertegas sambutan Oktoberfest hanya untuk orang bukan Islam dan beliau sepatutnya faham bahawa hudud hanya untuk orang Islam di Kelantan sahaja.

"Beliau perlu bersikap adil dalam hal ini, kalau beliau kata Oktoberfest hanya untuk orang bukan Islam begitu juga hudud ia hanya untuk orang Islam sahaja.

"Saya juga meminta agar Chong tidak mencampuri urusan serta mempengaruhi pemilihan dalam PAS kerana ahli-ahli PAS lebih mengetahui apa yang mereka lakukan.

"Kita tidak pernah mencampuri pemilihan dalam DAP dan berharap mereka turut menghormati kita di dalam PAS," katanya.

Ketua Penerangan PAS itu berkata cadangan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan telah melalui satu proses demokrasi apabila ia dibentang dan dibahas pada sidang DUN.
"Proses hudud ini melalui jalan yang betul (demokrasi) dan bukannya melalui pintu belakang.

"Ia dibawa dan dibentang di peringkat DUN kemudian dipersetujui untuk pelaksanaannya di Kelantan.

"Tetapi itu hanya di peringkat Dun dan kita masih terhalang kepada undang-undang di peringkat Persekutuan," jelasnya.

Tambah beliau, ia timbul apabila Kerajaan Persekutuan menawarkan diri supaya Kerajaan Kelantan membawa isu pelaksanaan hudud ke Parlimen bagi membuat beberapa pindaan.

"Bila ada tawaran, Kerajaan Negeri Kelantan bersetuju membawa isu hudud ini ke Parlimen sehinggalah wujudnya Jawatankuasa Teknikal Khas untuk membincangkan beberapa pindaan.

"Segala proses jelas melalui sistem demokrasi yang ada dan tidak ada langsung pelaksanaan ini melalui pintu belakang.

"Bila ia dibawa ke peringkat Parlimen semua pihak termasuk DAP, Barisan Nasional (BN) boleh berbahas untuk bersetuju melaksanakannya atau tidak.

"PAS dan Kerajaan Kelantan bersedia menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat nanti, kita berpuashati kerana ia melalui proses demokrasi bukannya paksaan," sambung beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana