'Henti Aniaya Anwar' - MB Selangor...Ooooo...ANWAR Kalau Hina Dan Kutuk Kerajaan Itu Apa Plak?

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa penganiayaan dan ketidakadilan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan buat selama-lamanya.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, meminta mereka yang berkuasa, membenarkan kedaulatan undang-undang serta keadilan sebenar ditegakkan.

Menurutnya, perbicaraan di Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan Anwar, adalah pendakwaan yang merupakan sebahagian daripada konspirasi keji, yang bermula sejak tuduhan liwat pertama pada 1998 dan bertujuan membunuh watak Anwar, di samping memusnahkan kerjaya politiknya.

“Penganiayaan demi penganiayaan terhadap beliau terus berlaku, dan ia dilihat merupakan kesan daripada proses kehakiman dan jenayah yang dilihat telah terpesong dan mengalami kepincangan.

“Gangguan dan ketidakadilan ke atas pasukan guaman beliau juga telah menyebabkan kepercayaan terhadap pihak berkuasa semakin berkurangan, dan tuduhan hasutan yang dikenakan kepada peguam beliau, N. Surendran merupakan satu penafian ke atas perbicaraan adil,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau mengharapkan pendengaran kes pada esok dan lusa, dapat memberikan keadilan sebenar kepada Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana