“HARI INI KITA MENANG, ESOK SUBUH KITA TUTUP KILANG ARAK”

Pesta Arak Oktoberfest bermula 24 September baru-baru ini dianjurkan oleh Syarikat Carlsberg di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Times Square Hotel. Kemuncak pesta dijadualkan pada 10 hingga 12 Oktober di pusat beli belah One Utama, Petaling Jaya.

Mengikut kenyataan Ahli Parlimen Pas Shah Alam YB Khalid Samad, Pesta Arak Oktoberfest TIDAK BOLEH DIHALANG dengan mengambil kira Malaysia adalah sebuah negara majmuk. Apabila terkena batang hidung sendiri pandai pula menggunakan alasan masyarakat majmuk. Apabila terkena pada UMNO, sampai tujuh keturunan maki hamun tak habis. PAS sebagai sebuah parti ISLAM yang menduduki majoriti kerusi di Selangor jelas gagal memainkan peranannya sebagai sebuah parti Islam.

“HARI INI KITA MENANG, ESOK SUBUH KITA TUTUP KILANG ARAK”

Begitulah bunyinya semasa Pas berkempen Pilihanraya Umum 2008. Sudah dua penggal. Jangankan nak tutup, siap tawarkan tapak baru di Pelabuhan Klang sekiranya pihak Carlsberg ingin melakukan ‘extension’. Ini disuarakan sendiri Khalid Samad ketika melakukan ‘lawatan kerja’ ke kilang Carlsberg pada 7 Ogos 2010. Cakap tak serupa bikin. Dihadapan penyokong bagai nak terlondeh serban memaki hamun UMNO tidak Islamik. Adakah dengan menyokong Pesta Arak, tidak berpegang pada janji untuk menutup kilang malah menawarkan tapak yang lebih luas merupakan perjuangan Islam?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana