Guna Istilah Arab Hanya Helah Politik Untuk Pancing Undi

KUALA LUMPUR, 10 Okt. – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menggesa rakyat untuk tidak terpengaruh dengan tindakan segelintir parti politik yang gemar menggunakan istilah-istilah tertentu bagi menarik perhatian masyarakat sebagaimana Pas yang seringkali menggunakan perkataan Arab sebagai gambaran keislaman dalam partinya.

Katanya, penggunaan istilah-istilah asing atau perkatan Arab adalah antara kecenderungan Pas sebagai alat dalam politik harian mereka.

“Kita perlu berhati-hati dalam penggunakan pelbagai istilah yang hanya menunjukkan idea bombastik sedangkan pengisian dan pengaplikasiannya adalah tidak selari dengan makna yang perkataan yang digunakan itu sendiri,” katanya kepada UMNO-Online.

Dalam hal ini, beliau mengambil contoh bagaimana Pas yang kerap menggunakan perkataan Arab dalam politik mereka misalnya mursyidul yang merujuk kepada pembimbing utama membabitkan kepimpinan tertinggi dalam partinya, tahaluf siyasi dan sebagainya.

“Perkatan-perkatan Arab yang digunakan oleh mereka dibuat bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dengan gambaran kononnya hanya parti mereka sahaja yang benar-benar mengamalkan Islam sedangkan realitinya dalam UMNO dan Barisan Nasional sendiri, konsep terbabit telah lama diaplikasi.

“Kalau mahu dilihat berkaitan tahaluf siyasi, realitinya UMNO mengamalkan konsep terbabit sebagaimana kerjasama dengan parti-parti yang berlainan agama dan bangsa dalam BN sedangkan sebelum ini Pas menentang tindakan terbabit namun apabila mereka menjalin kerjasama dengan Dap maka istilah tersebut dijadikan sandaran.”

Tan-Sri-Abd-Aziz-RahmanTegas beliau lagi, dalam berpolitik juga Pas itu sendiri menggunakan perkataan Islam sebagai tarikan kepada orang ramai kerana mereka tahu bahawa masyarakat Melayu amat berpegang kukuh kepada agama Islam.

“Bagi UMNO, pengisian adalah yang utama sebagaimana dalam Fasal 3, asas dan tujuan UMNO ditubuhkan adalah untuk menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam sebagai agama rasmi negara selain menghormati kebebasan beragama.

“UMNO tidak pernah berniat mengelirukan masyarakat atau menggunakan istilah-istilah tertentu kerana pengurusan dan pentadbiran dalam kepimpinan UMNO sehinggalah ke akar umbi adalah mudah, memberikan kefahaman dan tidak mewujudkan tanda tanya dikalangan rakyat.”

Ujar beliau, mana-mana pemimpin politik yang benar-benar ikhlas akan akan memberikan kefahaman kepada rakyat dengan cara yang paling mudah tanpa menggunakan istilah bahasa asing walaupun realitinya bangsa Melayu adalah Islam namun bukan semua yang mahir dalam bahasa Arab.

“Ini adalah satu contoh bagaimana liciknya pembangkang yang mahu menjerat rakyat dengan menggunakan istilah Arab lantaran mereka sedar bahawa orang Melayu amat mementingkan agama dalam kehidupan seharian.”

Namun begitu, beliau yakin bahawa niat yang songsang tidak akan tercapai apatah lagi masyarakat hari ini adalah mereka yang celik dan bijak melakukan penilaian malah penggunaan teknologi maklumat secara meluas maka segala info dengan mudah akan dapat disemak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana