Goyang Ker....Sivarasa Gesa Pejabat AG Segera Dedah Siasatan Shafee Abdullah

KUALA LUMPUR 18 Okt - Penasihat undang-undang PKR, Sivarasah Rasiah mahu Jabatan Peguam Negara segera mendedahkan siasatan terhadap afidavit ke liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan oleh Ketua Pendakwaraya Tan Sri Shafee Abdullah.

Menurut Sivarasa, permohonan afidavit yang dikeluarkan oleh Shafee adalah palsu sepertimana akuan bersumpah penyiasat polis Datuk Mat Zain.

"Jabatan Peguam Negara mengeluarkan arahan untuk menyiasat kerana ada keraguan munasabah terhadap Shafee," katanya yang dipetik Malaysia Insider.

Katanya, tiada yang boleh menghalang Tan Sri Abdul Gani Patail daripada menggantung Shafee dari mengetuai pasukan pendakwa ke atas rayuan Anwar dalam kes liwatnya yang ditetapkan untuk pendengaran 28 Oktober ini.

Selasa lepas, Anwar memfailkan usaha terakhirnya untuk mengenepikan Shafee sebagai timbalan pendakwaraya.

Sehari sebelum itu, ahli Majlis Pimpinan PKR Manivanan Govin membuat laporan polis, meminta polis menyiasat rakaman kenyataan Mat Zain yang dibuat pada Mei, empat bulan lalu selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan pada 3 Januari.

"Penyiasatan hanya bermula selepas pembebasan Anwar diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac," kata Govin dalam laporannya.

Dia juga mempertikaikan pelantikan Shafee sebagai DPP dalam kes Anwar sedangkan status penyiasatan ke atasnya belum jelas dan mahkamah juga belum diberitahu arahan penyiasatan itu.

Mat Zain, bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia hanya mengetahui siasatan Jabatan Peguam Negara ke atas afidavit Shafee pada 19 Mei apabila polis menemui beliau untuk merekodkan kenyataannya.

Anwar memfailkan permohonan untuk mengenepikan Shafee 6 Disember lepas berdasarkan dakwaan dalam penyataan bersumpah Mat Zain yang disebarkan kepada umum beberapa hari kemudian.

Gani melantik Shafee sebagai ad-hoc DPP pada Julai tahun lepas untuk mengetuai pasukan pendakwaan kerajaan terhadap rayuan pembebasan Anwar yang didakwa bersalah melakukan liwat dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Mat Zain dalam SD 31 mukasuratnya berkata dia bersama Shafee dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Ramli Yusof pergi ke rumah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa musim Hari Raya tahun lepas, di mana mereka didakwa membincangkan salah laku Gani.

Mat Zain membuat tiga laporan polis Disember lalu selepas mendapati kandungan afidavit Shafee yang difailkan ke mahkamah adalah palsu.

Dia juga mendakwa Shafee menyembunyikan bahan bukti dengan tujuan mengelirukan mahkamah.

Pada bulan Mac, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar tetapi membenarkan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan ke Makamah Persekutuan.

Pendakwaraya juga memfailkan rayuan balas untuk hukuman penjara yang lebih berat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana