Gerakan gantung keahlian perwakilan Johor gelar Melayu pendatang...Syabass.

SHAH ALAM: Gerakan hari ini menggantung keahlian seorang anggotanya daripada Johor Tan Lai Soon ekoran kenyataannya yang mengelar Melayu juga “pendatang” di negara ini.

Ketua Pemudanya Tan Keng Lian berkata, Lai Soon juga dikehendaki menyatakan sebab kenapa beliau tidak patut dipecat ekoran kenyataannya dalam mesyuarat agung tahunan Gerakan semalam.

Lai Soon semalam mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan “pendatang” kepada bangsa lain kerana Melayu juga pendatang di negara ini.

“Biar saya jelaskan, Melayu, Cina, India semua pendatang, kecuali Orang Asli, orang Sabah dan orang Sarawak, yang menjadi Bumiputera asal,” katanya.

Lai Soon berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Datuk Mah Siew Keong dalam perhimpunan tahunan Gerakan di Shah Alam.

Hari ini Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) membuat laporan polis menggesa Lai Soon dikenakan tindakan ekoran mengeluarkan berbaur hasutan.

Timbalan Pengerusi Pembela Aminuddin Yahaya mahu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mendakwa Lai Soon mengikut Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana