GEMPAR...Letupan bom di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 14 orang cedera selepas satu letupan berlaku di kawasan di hadapan Kompleks Sun di Jalan Bukit Bintang di sini, pagi Khamis.

Polis berkata, mereka menerima maklumat mengenai insiden letupan dekat sebuah pub pada kira-kira pukul 4.30 pagi.

Empat kereta rosak akibat letupan itu.

Difahamkan letupan itu berlaku dari bawah sebuah kereta yang diletakkan di kawasan itu.

Turut difahamkan bahawa dua bahan letupan telah dilemparkan di lokasi kejadian. Bagaimanapun, salah satu daripadanya gagal meletup.

Satu lagi bahan letupan itu, yang turut dipercayai merupakan bom tangan, ditemui di bawah sebuah lagi kereta.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Tung Shin.

Seorang joki kereta dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana