FITNAH FELDA !! WAN AZIZAH DAN 2 LAGI DIARAH BAYAR 200 JUTA

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam akhbar Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.

Bagaimana pun bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib pada 2 Oktober lalu telah memohon maaf kepada Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel tersebut dan mengakui ia palsu dan tidak benar.

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya membuat pengakuan.

Sehubungan itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.

Justeru, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin dan Rusnizam sahaja masih diteruskan.
Ternyata, keputusan akhirnya berpihak pada FELDA dan anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang semalam mengisytiharkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah dan dua yang lain bersalah berhubung dakwaan menerbitkan dua artikel dalam akhbar Suara Keadilan yang memfitnah Felda.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Kamaludin Md. Said turut memerintahkan gantirugi yang perlu dibayar oleh PKR kepada Felda akan ditafsirkan kemudian oleh Mahkamah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar.

Melalui saman ini, Felda telah menuntut RM200 juta sebagai gantirugi terhadap fitnah tersebut....

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana