Festival arak tidak pernah diluluskan

Telah bermuka sejak 24 september, kenapa tiada tindakan diambil? Bila heboh diperkatakan, baru nak ambil tindakan. Program ini memang sudah diluluskan kerana untuk menaikkan dan menggantung iklan, perlukan kebenaran majlis.

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tidak pernah meluluskan penganjuran festival arak 'Oktoberfest' di negeri itu, kata anggota exco kerajaan negeri, Zaidy Abdul Talib hari ini.

Penganjuran itu dilihat sebagai tidak memahami sensitiviti masyarakat beragama Islam, kata beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Selangor.

"Tiada apa-apa kelulusan diberikan berkaitan dengan program ini, ia boleh digambarkan sebagai mencetus dan mencabar keharmonian yang sentiasa diterap dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Anggota exco bagi Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri itu berkata pihaknya telah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab menaikkan papan iklan festival itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana