FAEKAH HUSSIN DEDAHKAN ELAUN ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PENASIHAT RM1 SEBAGAI PALSU SEBALIKNYA BERNILAI RM15 JUTA

Di sebalik Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1 itu cumalah 'lakonan Pakatan Rakyat' untuk memuaskan hati Ketua Umum PKR itu yang gagal mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, sepanjang Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya menyalahgunakan wang rakyat Selangor dalam usahanya menjalani kehidupan mewah sebagai Perdana Menteri yang tidak jadi.

Berstatus  Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Anwar Ibrahim seringkali bercakap besar kononnya dia boleh membawa masuk pelaburan berbilion-bilion ringgit ke negeri Selangor jikalau dia menjadi Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Malangnya, sepanjang dia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dan sekalipun mendabik dada dia kenal baik semua orang di dunia ini, haram tak satu sen pun Anwar Ibrahim bawa masuk pelaburan ke Selangor selepas enam tahun menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Dan dia begitu marah apabila Faekah Hussin memansuhkan Pejabat Penasihat Ekonomi yang hanya makan duit rakyat Selangor tanpa menghasilkan keuntungan.

Dengan menggunakan 'remote control' ke atas Azmin Ali Seperti yang sudah dijangka, Anwar Ibrahim merebut kembali jawatan yang telah dimansuhkan. Sebabnya mudah, Anwar Ibrahim mahu menggunakan wang RM3.2 bilion yang telah dikumpul daripada peruntukan-peruntukan Kerajaan Pusat yang tidak dibelanjakan oleh Khalid Ibrahim untuk rakyat Selangor.

Dan Faekah Hussin membuka rahsia besar yang sebelum ini hanya kedengaran sayup-sayup!

Faekah terpaksa mendedahkan secara berperingkat bagaimana Anwar Ibrahim menggunakan pengaruhnya ke atas Kerajaan Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat disebabkan Azmin Ali budak suruhan Anwar itu secara berterusan menyerang bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kita tunggu pendedahan demi pendedahan ke atas Anwar Ibrahim oleh Faekah Hussin dalam masa terdekat ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana