Exco DAP Sokong Penganjuran Pesta 'Oktoberfest'

KUALA LUMPUR 9 Okt - Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mempertahankan penganjuran pesta Oktoberfest diadakan di negeri itu.

Pemimpin DAP itu berkata, pihak penganjur telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini malah mendapat permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pihak penganjur juga sedia maklum dengan semua perkara yang telah saya umumkan sebelum ini.

“Oleh itu, jika pihak penganjur memenuhi syarat yang sama, tiada sebab permit tidak akan diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hian Wah mengulas laporan media semalam yang mendakwa ketetapan bahawa kerajaan negeri mengenakan syarat tambahan untuk permohonan permit Oktoberfest 2014.

Katanya, PBT merupakan agensi yang memberikan permit untuk sebarang aktiviti sebegitu dan penganjur perlu memohon permit hiburan sementara.

“Ini merupakan proses biasa dan bukannya keperluan yang baru dikenakan ke atas penganjur.

“Saya berharap pihak media dapat memperbetulkan laporan yang memberikan bayangan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menolak tanggungjawab kepada PBT atau telah mengenakan permit atau syarat-syarat tambahan kepada pihak penganjur,” katanya.

Ean Yong semalam antaranya mengetengahkan beberapa syarat untuk dipatuhi penganjur, antaranya pemasangan papan tanda larangan untuk orang Melayu dan Islam, tiada pengunjung bawah umur dan mendapat kelulusan kastam dan polis.

Pesta 'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan anjuran syarikat arak gergasi, Carlsberg  itu telah bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi termasuk di sebuah hotel di Subang dan Kuala Lumpur.

Kemuncak pesta berkenaan pula akan diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Ianya mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak termasuk rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) dari PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana