Emma Maembong, Finger Monkey dan komen lucah di laman sosial

“Takkanlah pasal monyet pun nak jadi satu masalah? Itu kan binatang, bukannya orang! Kenapalah ramai sangat orang berfikiran kotor dan lucah di luar sana,” jawab pelakon Emma Maembong apabila gambarnya bersama anak monyet peliharaannya mengundang maklum balas berunsur seksual daripada sebahagian peminat di laman sosial, semalam.

Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 22, yang dihubungi mengakui terkejut apabila beberapa gambarnya bersama anak monyet itu yang diletakkan di atas dadanya menimbulkan reaksi negatif dan lucah daripada segelintir peminat.

“Kadang-kadang saya memang pelik dengan orang-orang (berfikiran kotor) begini. Takkanlah monyet letak atas dada pun nak timbulkan isu?

“Orang macam ini memang tak ada kerja. Pendek kata apa saja kita buat semuanya tak kena. Saya percaya kalau saya letak monyet itu di betis atau kaki tentu lain pula komen dan kutukan mereka untuk mempersendakan saya,” katanya dipetik dari Harian Metro.

Provokasi terbaru itu timbul berikutan tindakan Emma yang kerap berkongsi gambar bersama monyet peliharaan barunya yang dinamakan Meeka di Instagram kebelakangan ini.

Binatang peliharaan miliknya itu ialah seekor monyet yang terkecil di dunia jenis Finger Monkey.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana