Dyana dah sedia nak jadi no 2 ... ?

Lim Guan Eng yg seringkali cukup banyak mulut, cukup hebat memberikan hujah walaupun hujah2nya mendedahkan kebodohan, kelemahan serta sikap suka menyalahkan orang lain, langsung tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gambar2 intim Zairil Christopher Lim-Dyana Sofya yg telah tersiar semenjak seminggu lalu.

Zairil Christopher Lim dalam kenyataan awalnya cuba menuduh UMNO yg menfitnahnya, tetapi pendedahan bekas teman lelaki Dyana Sofya bagaimana proses memuatnaik dan memadamkan gambar2 tersebut dalam tempoh tidak sampai lima minit, menunjukkan penyiaran gambar2 itu di akaun peribadi Zairil Christopher Lim dilakukan secara sengaja, bukannya oleh pihak yg menggodamnya akaun tersebut, memandangkan tempoh masa yg tersangat singkat.

Dalam perkembangan terbaru, maklumat mendedahkan bahawa orang yg memuatnaikkan gambar2 tersebut adalah isteri Zairil Christopher Lim sendiri, Dahlia. Dahlia dikatakan telah lama mengesyaki Zairil Christopher Lim curang dan main kayu tiga dengan Dyana Sofya. Gangguan daripada Dahlia, menyebabkan Lim Guan Eng meminta jasa baik bapanya, Lim Kit Siang untuk menjauhkan Dyana Sofya daripada Zairil Christopher Lim.

Gambar2 tersebut sebenarnya dirakamkan dalam satu majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang dan kedua2nya dalam keadaan MABUK ARAK. Gambar2 tersebut sebenarnya dirakamkan oleh kawan2 mereka, tetapi kemudian diserahkan kepada Dahlia.

Dahlia yg sakit hati, kemudiannya memuatnaikkan gambar2 tersebut dengan membuat 'TAG' kepada Dyana Sofya dan Dyana So. Zairil Christopher Lim yg kemudiannya mendapat tahu gambar2nya bersama Dyana Sofya telah dimuatnaik ke akaun peribadinya lima minit kemudian, telah bertindak memadamkan gambar2 tersebut dengan harapan tiada sesiapa yg dapat melihat dan mengesannya.
Tetapi telah terlambat apabila ramai 'kawan2nya' yg telah melihat gambar2 tersebut.

Setelah kecoh, Lim Guan Eng segera bertindak 'untuk membetulkan keadaan'. Dahlia dilaporkan telah dipujuk untuk bercuti ke luar negara bagi menenangkan perasaan sekaligus meredakan ketegangan selain mengelak daripada dikesan dan dihubungi oleh penggiat media sekaligus mendedahkan lebih banyak kisah di sebalik gambar2 tersebut.

Justeru tidak hairanlah mengapa ikrar Zairil Christopher Lim bahawa dia akan mengambil tindakan undang2 terhadap orang yg menyebarkan gambar2 intimnya bersama2 Dyana Sofya, hanya tinggal ikrar dan gertakan. Sedangkan pada masa yg sama, tiada keberanian yg ditunjukkan untuk mengotakan ikrar dan gertakannya itu.

Apa yg menghairankan lagi ... Dyana Sofia juga diam membisu dalam hal ini .... jangan2 Dyana dah sedia dan memang dah berancang nak jadi no 2 kot

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana