Dua Anak Kapal Dari Bot Tempur Diterbangkan Ke Hospital

KOTA KINABALU: Dua anak kapal bot tempur CB204 yang hilang pada Ahad telah diterbangkan ke pangkalan tentera laut di Sepanggar lewat Selasa.

Komander Tentera Laut Wilayah II Datuk Rosland Omar berkata Christopher Mani, yang mengalami sakit di bahagian perut, dan Steve Hudson, yang terkena kejutan elektrik, diterbangkan ke pangkalan pada pukul 6.13 petang.

Beliau berkata kedua-dua mereka dengan segera dikejarkan ke hospital untuk mereka menjalani rawatan.

Rosland berkata, keluarga kedua-dua anak kapal berada bersama-sama dengan mereka di hospital.

Lima lagi anak kapal masih berada di atas kapal CB204 yang kini sedang ditunda oleh sebuah lagi bot tempur, KD Ganas,  ke pangkalan Sepanggar.

Kedua-dua kapal dijangka tiba di pengkalan di antara pukul 11 pagi hingga 7 malam pada Rabu bergantung kepada cuaca.

CB204 dalam perjalanan ke Layang Layang apabila ia terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus, kira-kira pukul 11.15 pagi Ahad.

Tentera Laut, lewat Isnin mengesahkan bahawa semua tujuh anak kapal selamat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana