Ditendang kerana tutup pintu masjid dengan kuat...Masyallah

GEORGETOWN - Hanya kerana menutup pintu masjid sedikit kuat, seorang tok siak patah tulang rusuk selepas dibelasah seorang lelaki dalam satu kejadian di sebuah masjid di Jalan Persiaran Gurney di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang berusia 60 tahun itu ditendang beberapa kali oleh lelaki berkenaan yang memakai kasut keselamatan (safety boot) selain dihembur dengan kata-kata kesat.

Difahamkan,lelaki berusia 30-an itu sedang berbaring dalam masjid di Lorong Burma berkenaan dan terkejut apabila tok siak menutup pintu masjid itu dengan agak kuat.

Menurut sumber, akibat tidak berpuas hati, lelaki itu bertindak 'gila' dengan menyerangnya.

"Akibat kejadian itu, tok siak berkenaan mengalami lebam di muka selian tulang rusuk sebelah kirinya patah.

"Mangsa sempat bertanya kepada lelaki itu mengapa bertindak demikian. Lelaki itu kemudian mempersoalkan mengapa tok siak menutup pintu masjid berkenaan dengan kuat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian..

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.

Menurutnya polis menahan lelaki itu dan siasatan awal mendapatinya mempunyai dua rekod jenayah.

"Dia kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan," katanya.

Mior Farid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana