Demokrasi DAP sekadar cakap sahaja

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Amalan demokrasi dalam DAP yang sering diuar-uarkan parti itu disifatkan sekadar cakap sahaja tetapi pelaksanaannya jauh tersasar.

Sehubungan itu, bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng perlu menjelaskan kepada kaum Cina tentang amalan demokrasi yang diguna pakai dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut pada 29 September tahun lalu.

"Ternyata kehadiran 120 cawangan yang belum berdaftar membuatkan menyuarat pemilihan semula CEC DAP tidak sah.

"Maka, keputusan pun dianggap tidak sah dan kedudukan Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP juga tidak sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mendakwa sebanyak 120 cawangan DAP yang masih belum mendaftar telah hadir dan mengundi pada pemilihan semula CEC DAP.

Choo Keong juga meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC mengikut senarai 2,576 perwakilan daripada 865 cawangan yang berdaftar dengan ROS dan mengikut senarai pemilihan CEC pada 15 Disember 2012 untuk melantik Setiausaha Agung serta lain-lain jawatan yang sah.

Anuar menambah, Guan Eng dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke juga perlu menjelaskan tentang kesahihan dakwaan yang mengatakan bahawa sebab utama DAP menarik balik saman terhadap ROS adalah kerana parti itu takut rahsia tentang 500 surat akuan palsu terbongkar di mahkamah kelak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana