DAPSY diminta perjelas hubungan DAP dengan protes di Hong Kong

BANGI, 7 Okt – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mempersoal dan meminta penjelasan Pemuda DAP (DAPSY) berhubung tindakan mereka yang terlibat sama memperjuangkan gerakan Occupy Central di Hong Kong baru-baru ini.

Presidennya, Ustaz Ibrahim Hassan berkata, apa keperluan DAPSY di sana? Kenapa sertai dan apa hubungan protes itu dengan DASPY?

Jika atas dasar demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia yang diperjuangkan di Hong Kong, PEMBINA bimbang DAPSY akan mengambil modal yang sama untuk diimplementasikan di Malaysia.

“Perhimpunan aman yang dilaksanakan secara haram dan tidak mendapat permit polis akhirnya berubah menjadi huru hara apabila ia berada di luar kawalan

“Jadi, apa yang dikhuatiri adalah modus operandi yang sama digunakan iaitu rakyat dan perhimpunan aman seperti Bersih, tetapi matlamat akhirnya menjadikan negara ini huru hara,” tegasnya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian sebagai respon tindakan aktivist DAPSY yang dilihat bersama-sama dengan para demonstran dan menjadi jurubicara dalam protes ‘Revolusi Payung’ Di Hong Kong. Bahkan, DAPSY turut mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman sesawangnya dalam mempertahankan para demonstran di Hong Kong.

Prostes yang dilakukan penduduk Hong Kong itu adalah untuk menuntut pilihan raya yang adil pada tahun 2017 di mana penduduk-penduduk bandar Hong Kong mahu mereka diberikan hak sepenuhnya untuk mengundi pemimpin mereka tanpa campur tangan kerajaan Beijing.

Bagaimanapun payung menjadi simbol pergerakan bantahan di mana penunjuk perasaan ‘Occupy Central’ di Hong Kong kini menggunakan payung untuk mengelakkan semburan lada polis.

Ulas Ustaz Ibrahim, apabila dikaji dalang di sebalik kebangkitan Occupy Central, mereka ialah kuasa besar Amerika Syarikat yang disahkan melalui ‘US State Department’ melalui pelbagai organisasi, persatuan sivil dan NGO yang menggerakkan Occupy Central.

Atas dasar mempromosikan idea barat seperti demokrasi dan hak kebebasan bersuara, NED dan NDI telah menyalurkan bantuan dana kepada pelbagai NGO termasuk NGO-NGO di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana