Cukup-cukuplah...Kempen Untuk Anwar...BODOH jadinya

KUALA LUMPUR 16 Okt - Solidariti terhadap Ketua Umum Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya dengan penganjuran kempen bertemakan “Rakyat Hakim Negara” sempena kes liwat II dilihat mendapat cemuhan oleh rata-rata pengguna di laman sosial yang menyifatkan sokongan tidak lagi perlu diberikan kepada ketua umum itu.

Menerusi laman sosial Facebook milik Anwar Ibrahim, pelbagai reaksi negatif telah dilemparkan terhadap kempen tersebut yang kononnya untuk menuntut keadilan serta memberi sokongan kepada Anwar disamping menyedarkan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Salah seorang pengguna Facebook, Ainal Ridhwan berkata, demokrasi yang dianjurkan oleh pihak pembangkang kepada Anwar Ibrahim seolah-olah tidak memberi manfaat memandangkan beliau tidak memberikan sumbangan kepada rakyat dan hanya akan menjadikan Malaysia semakin porak peranda sahaja.

“Asyik-asyik berdemo. Ingat kamu siapa. Satu sen pun kamu tidak tolong rakyat… Mahu rakyat tolong kamu. Apa anda buat untuk tolong rakyat?

“Buat Malaysia jadi porak peranda la..,” tulis Ainal sebagai memberi reaksi balas di laman sosial Anwar Ibrahim.

Manakala seorang lagi pengguna laman sosial menggunakan nama, Papa Kita berkata, keadilan tidak seharusnya diberikan hanya kepada Anwar Ibrahim, namun sebaliknya perlu juga kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sebelum ini menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat dalam merebut jawatan Menteri Besar Selangor.

“Bila jatuhkan TSKI (Tan Sri Khalid Ibrahim) , tiada pulak istilah RAKYAT HAKIM NEGARA. Pandangan rakyat negeri Selangor langsung tak endah. Hangpa (anda semua) banyak pergunakan rakyat saja bila perlu. Just stop it. No more pointless assembly,” selarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana