Cabar buktikan BTN rasis....Habis Apa Yang Tak Rasis Ni...Bangangnya NGO PR Ni

GEORGETOWN - Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk Ambiga Sreenevasan dicabar mendedahkan bukti mengenai dakwaannya bahawa modul digunakan dalam Biro Tata Negara (BTN) menjadi sesi untuk membasuh otak kaum Melayu agar menjadi rasis dan pentaksub.

Pengerusi Pertubuhan Pemikir Muslim Pulau Pinang, Mohamad Nor Suhaili Jamali berkata, kenyataan Ambiga itu bersifat fitnah semata-mata selain ingin mewujudkan perasaan benci rakyat terhadap BTN.

Menurutnya, kenyataan itu juga dangkal kerana tidak disokong dengan mana-mana bukti konkrit dan sebagai pengamal undang-undang, Ambiga seharusnya bersikap waras dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan.

"Ambiga dilihat tidak matang dalam mengutarakan pendapat terhadap institusi kerajaan seperti BTN kerana badan itu selama ini banyak memupuk semangat patriotisme rakyat dalam memastikan matlamat dan dasar kerajaan disampai dengan tepat.

"Peguam itu tidak wajar mencari publisiti murahan dalam hal ini serta menjadikan BTN sebagai kambing hitam untuk memburukkan institusi kerajaan," katanya dalam kenyataan media di sini semalam.

Ambiga sebelum ini dipetik dalam sebuah portal menyebut BTN hanya sekadar menjadi sesi untuk membasuh otak kaum Melayu agar menjadi rasis dan pentaksub.

Beliau berkata, ibu bapa yang membenarkan anak mereka mengikuti kem tersebut terkejut dengan objektif dan kandungan modul yang diajar.

"Saya bertemu dengan beberapa rakan Melayu yang menghadiri kem ini dan mereka marah dan rasa jijik," katanya semasa menghadiri Persidangan Kebangsaan Anti-Diskriminasi yang bertajuk Perpaduan dan Penyatuan Sosial di Malaysia - Jadikannya bukan suatu yang mustahil`.

BTN adalah agensi bawah Jabatan Perdana Menteri dan kursusnya sering disertai penjawat awam dan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Mengulas lanjut, Mohamad Nor Suhaili berkata, BTN selama ini berusaha memastikan penerangan program transformasi kerajaan berjalan lancar selain banyak menerapkan nilai-nilai cintakan negara.

"Sejak awal tahun 90-an lagi BTN berusaha memupuk nilai patriotik dan menggembeleng tenaga untuk melatih kumpulan sasaran dari pelbagai peringkat umur, agama dan kerjaya.

"Program BTN juga melibatkan peserta dari pelbagai kaum. Jadi dalam konteks apa Ambiga menyatakan BTN rasis? Saya melihatnya seolah-olah bersifat berat sebelah terhadap institusi yang selama ini memupuk semangat kenegaraan kepada warganegara," katanya.

Menurutnya, Ambiga harus merasa malu pada diri sendiri kerana sebagai warganegara beliau tidak meninggalkan impak dalam memupuk semangat patriotik dalam dirinya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana