Bumbung surau runtuh selepas tiga minggu siap dipasang...PR Semua Ok

SHAH ALAM: Bumbung di bahagian sambungan Surau An-Nuur, Seksyen 20 di sini runtuh setelah kira-kira hampir tiga minggu siap dipasang.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, struktur bumbung berkenaan runtuh dipercayai berkemungkinan disebabkan anai-anai yang terdapat di dinding dan tiang di bahagian sambungan surau.
 
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan jiwa dilaporkan terlibat dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Kejadian tersebut disedari oleh bilal surau tersebut, Harun Din yang mendengar bunyi seperti dentuman guruh, sebelum bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya ingat guruh, lepas itu saya tengok keluar rupanya bumbung surau runtuh. Saya kebetulan ada di depan.. Sayalah orang pertama yang melihat," katanya kepada Antarapos.

Malah katanya, kejadian tersebut adalah yang pertama berlaku sejak surau didirikan pada 1997.

Difahamkan, bumbung tersebut dipasang bagi menggantikan bumbung lama yang telah uzur kerana digigit anai-anai. Namun, runtuhan tersebut tidak menjejaskan ruang utama surau berkenaan yang masih boleh digunakan para jemaah.

Sementara itu, wakil daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Naim Jusri memberi jaminan bahawa pihaknya akan menghulurkan bantuan bagi membaikpulih bahagian yang terjejas.

"Di peringkat MBSA, kita akan tengoklah dari sudut perancangan atau pelan pengubahsuaian ini. Tapi yang kita maklum terdapat masalah anai-anai di tiang. Mungkin itu punca utama, cuma dalam siasatan lagi," katanya sambil memberitahu ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, peruntukan dan bantuan bagi membaikpulih surau akan diputuskan setelah pihak ADUN dan juga Jabatan Agama Islam Selangor berbincang, memandangkan ia di bawah seliaan badan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana