Bot Tentera Hilang, Pembangkang Cuba Nak Politikkan Insiden...Bangangnya

Kebanyakannya mempersoalkan  bagaimana bot tempur yang canggih dan terkini dalam kelasnya itu boleh hilang, dengan ramai di kalangan balaci cuba mempersoalkan kecekapan anggota TLDM terlibat.

Malah ada yang cuba mencipta cerita kononnya bot itu bukan hilang tapi dirampas lanun Sulu!!!….

Betul takde akal, dah disebut kejadian tu berlaku dalam cuaca buruk. Kalau bot canggih pun hadapi masalah dalam cuaca buruk, dengan apa cara bot lanun pulak boleh selamat? Itulah pun tahap paling tinggi macai boleh fikir.

Sebetulnya tidak ada apa yang perlu dipolitikkan dengan kehilangan bot tersebut kerana kemalangan dalam cuaca buruk seperti itu boleh berlaku kepada apa saiz kapal dan macam mana moden teknologi sekalipun.

Memang CB90 ialah sejenis bot tempur yang direka untuk menempuh gelora laut tahap empat, tapi kuasa alam tak siapa yang boleh menentukan. Sebab itulah sebaik-baik pendekatan ialah mengelakkan cuaca buruk walaupun kapal itu memang direka untuk menempuh laut bergelora yang teruk.

Tapi seperti disebutkan di atas, ini bukan kuasa kita, rancang boleh, jadi tak jadi belum tahu.

Sebaiknya dari membuat cerita yang tidak benar mengenai kejadian tersebut, penulis rasa adalah lebih baik pembangkang dan pembangang yang menjadi pengikut mereka mendoakan keselamatan 7 anggota TLDM yang berada di dalam bot berkenaan.

Bot jahanam boleh beli lain tapi nyawa pejuang negara bukan boleh dicari ganti. Kita mintak yang baik – baik sajalah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana