Bot tempur TLDM tidak mudah karam...

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar yakin tujuh anggota dalam bot tempur yang hilang masih selamat, kerana bot CB90 itu memiliki ciri apungan yang tinggi.
"Saya percaya dan yakin bahawa bot tempur bersama tujuh anggota saya masih selamat kerana ia memiliki ciri apungan yang tinggi.

"Apa yang saya harapkan, ketika kejadian itu, tidak berlaku sebarang kebocoran pada bot berkenaan," katanya.

Bernama melaporkan beliau berkata operasi SAR akan diperluaskan walaupun keadaan cuaca buruk di perairan Sabah.

Sehingga kini tidak ada perkembangan baru mengenai kehilangan bot tempur tersebut kecuali satu sidang media khas akan oleh TLDM dijadualkan jam 4.00 petang Isnin.

Berikut adalah senarai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang hilang semalam.

1. Leftenan Azri Bakar

2. BK PAP Christopher ak Mani

3. BM TMK Ince ak Evin

4. BM TMK Steven Hudson ak Miso

5. BM JTP Nor Azuan Ariffin

6. LK KOM Sulhajji Daah

7. LK PAP Mohd. Azhry Maani

Sementara itu, Awani melaporkan bapa salah seorang krew bot yang hilang, Lt. Azri Bakar berdoa dan berharap tidak ada perkara buruk menimpa anaknya yang hilang sejak pagi Ahad di Sabah.

Bapa Azri, Bakar Hassan kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Sabah mengakui masih belum menerima sebarang perkembangan terkini daripada pihak TLDM.

"Saya diminta untuk ke Sabah, banyak maklumat dan perkembangan saya perolehi daripada Astro AWANI, ya Allah...janganlah perkara buruk berlaku padanya.

"Kita tidak tahu cerita apakah dia selamat atau tidak. Saya dan isteri sekarang dalam perjalanan ke KLIA. Kami akan ke Sabah untuk menunggu di sana," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada Ahad, bot tempur CB204 milik TLDM hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah.

Bot tempur itu dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang pada hari berkenaan.

Pada pagi Isnin, TLDM membahagikan kawasan pencarian bot tempur CB204 bagi memudahkan Operasi Mencari dan Menyelamat (Op SAR) tujuh anggota kapal terbabit kepada empat sektor di sekitar perairan pantai barat Sabah, pagi ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana