Berbagai pihak bantah papan iklan pesta arak secara terbuka...

Bagi pemimpin-pemimpin masyarakat pulak mereka mengecam tindakan kerajaan Selangor membenarkan promosi pesta arak itu secara keterlaluan tidak patut berlaku.
UMNO Selangor misalnya melahirkan rasa kesal dan terkilan terhadap Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak 'Oktoberfest'.

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, berkata tindakan memasang iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam itu dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

"Waktu kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah dulu, iklan-iklan seperti ini tidak dibenarkan, sekarang ini iklan-iklan ini dilihat berdiri megah di sekitar Shah Alam.

"Bagaimana perkara ini boleh dibenarkan... Menteri Besar Selangor yang baharu Mohamed Azmin (Ali) sepatutnya peka dengan apa yag berlaku depan mata, jangan asyik nak cari kesalahan menteri besar (Selangor) sebelum ini sahaja," katanya.

Menurut beliau, Azmin perlu mengambil langkah segera bagi membendung perkara itu supaya bandaraya Shah Alam tidak lagi dicemari dengan pelbagai iklan arak.

'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan jenama arak terkemuka itu bermula sejak 24 September lalu, di beberapa lokasi termasuk di Saujana Hotel Subang dan Berjaya Time Square Hotel.

Kemuncak pesta itu pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Sementara itu, Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) membantah sekeras-kerasnya kelulusan diberikan kepada penganjur program Oktoberfest yang menganjurkan pesta bertemakan arak.

Sehubungan itu, ILMAM Malaysia menggesa semua pihak yang berkaitan dengan kelulusan pesta itu supaya membatalkannya serta-merta.

Presidennya, Syed Abdul Kadir Aljoofre berkata, perkara itu langsung tidak menjaga sensitiviti dan tidak menghormati umat Islam di negara ini.

Manakala, Presiden Pertubuhan Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, kebenaran bagi pemasangan papan iklan Oktoberfest seolah-olah menggalakkan orang Islam di Selangor menyertai aktiviti mempromosi minuman keras terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana