Berbagai ketidakadilan dalam PR... Pemimpin PAS belasah DAP, PKR

Konflik dalam pakatan pembangkang kembali memuncak selepas pemimpin PAS Terengganu melancarkan serangan terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang berikutan pemecatan ahlinya dari semua jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menggambarkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar dan turut mempertahankan pandangan Iszuree mengenai polisi perumahan kerajaan negeri yang disuarakan melalui Muktamar tahunan PAS..

“Apa yang disebut Iszuree dalam muktamar adalah dalam perbincangan dalaman parti, itu platform. Dia suarakan di Pulau Pinang dan sebenarnya perkara ini bukan masa Iszuree.

“Sebelum ini pun perkara ini sering kali dibawa saudara Mazlan Aliman sebagai wakil isu tanah dan peneroka bandar. Acap kali sebenarnya disebut mengenai isu ini di Pulau Pinang,” katanya.

Iszuree yang juga Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang, dipecat daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP berikutan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-60 di Batu Pahat, Johor Bahru, yang dikatakan menegur kerajaan Pulau Pinang berhubung isu dasar perumahan.

Satiful berkata, isu yang dibangkitkan Iszuree sebelum ini, bukan berlaku dalam pentadbiran PR di Pulau Pinang sebaliknya berlaku sejak zaman pentadbiran BN yang dilihat tidak selesai sehingga kini.

“Jadi kita harap kerajaan negeri boleh ambil respons, benda tidak selesai kalau kita pecat dia macam itu. Kita rasa ini merupakan tindakan yang tidak demokrasi dan berharap benda ini dapat diperbetulkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Satiful yang juga Adun Paka menganggap pembekuan akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di kawasan diwakili bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tidak adil.

Beliau menjelaskan, jika benar perkara itu berlaku sebagaimana didakwa pegawai khas Abdul Khalid, Faekah Husin, ia disifatkan seolah-olah tindakan membalas dendam.

“Kalau memang betul begitu saya rasa tidak patut berlaku sebab dasar PR adalah mengembalikan hak rakyat. Kenapa kita menzalimi rakyat, itu merupakan hak rakyat. Kita ini membela rakyat. PR sepatutnya menjadi harapan kepada rakyat,” katanya.

Sebuah media tempatan semalam melaporkan, Kerajaan PKR Selangor mengarahkan bank supaya membekukan akaun SMUE di Parlimen Bandar Tun Razak dan Dun Pelabuhan Klang yang diwakili bekas menteri besar itu.

Arahan atas nama Bendahari Negeri Selangor itu dikeluarkan pada 25 September lalu.

Pegawai Khas kepada Adun Pelabuhan Klang, Faekah Husin berkata, beliau percaya tindakan tersebut dibuat atas arahan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana