BERANI PEGANG ANJING, TETAPI TINGGALKAN SIDANG MEDIA TANPA JAWAB SOALAN

Petaling Jaya – Sidang media program yang mencetuskan kontroversi ‘I Want To Touch A Dog’ sedikit ‘tergantung’ apabila penganjurnya bertindak meninggalkan majlis kerana beliau dikatakan menerima ugutan bunuh.

Syed Azmi hanya memohon maaf dan terus beredar tanpa menjawab soalan pemberita kerana dia mendakwa telah menerima mesej yang mengancam diri dan nyawanya.

Sidang media itu walaubagaimana pun tetap diteruskan,  peguam yang mewakili Syed Azmi, Syahredzan Johan dan penganjur bersama Norhayati Ismail mengambil alih majlis dan menjawab pertanyaan pihak media.

Peguamnya memberitahu, kehidupan Syed Azmi kini terancam apabila beliau sering menerima panggilan telefon, mesej menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan WhatsApp yang mahu melakukan sesuatu terhadap beliau termasuk membunuh.

“Dia telah banyak menerima ugutan bunuh dan segala macam ugutan…tadi pun ada terima ugutan.

“Untuk keselamatan dirinya, dia terpaksa beredar,” katanya.

Menurut Syahredzan juga, laporan polis telah dibuat berhubung ugutan ini dan kertas siasatan telah dibuka.

Syhredzan berkata,  satu lagi laporan polis akan dibuat memandangkan ancaman yang diterima semakin keras.

“Ia agak serius dengan ugutan-ugutan menyatakan akan bunuh jika terjumpa Syed Azmi di tengah jalan, patahkan tulang dan sebagainya.

“Setakat semalam, dalam masa beberapa jam mesej diterima yang tidak dibaca mencecah dua ribu,” katanya sambil menambah laporan SKMM juga telah dibuat.

Syed Azmi dikatakan dihentam teruk itu bagaimanapun masih belum bercadang mengambil tindakan sivil terhadap mereka yang mengkritik secara keterlaluan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana