Bekas pegawai kanan polis, peguam kutuk Majlis Peguam mahu Akta Hasutan kekal

SHAH ALAM: Beberapa pegawai kanan polis bersara dan peguam Jumaat membantah sebarang langkah memansuhkan Akta Hasutan 1948, mengatakan ia diperlukan bagi melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan Raja-Raja, hak orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan kaum lain.

Mereka juga mengutuk gerakan anti-Akta Hasutan anjuran Majlis Peguam, termasuk seruannya supaya undang-undang itu dihapuskan dan perarakan jalan kaki yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

"Pemansuhan Akta Hasutan, seperti juga undang-undang lain bakal menjadi satu kesilapan amat besar, tidak membantu, satu kemunduran bagi kedamaian yang wujud dalam masyarakat harmoni dan akan membawa kepada huru-hara," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Antara yang menandatangani kenyataan itu ialah bekas ketua polis negara paling lama berkhidmat, Tun Hanif Omar, pesuruhjaya polis bersara Datuk Othman Talib dan Tan Sri Zaman Khan.

Juga tersenarai ialah peguam kontroversi dan bekas Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin.

Majlis Peguam pada mesyuarat agung luar biasanya 19 September meluluskan usul memansuhkan undang-undang itu.

Semalam, ratusan peguam mengambil bahagian dalam satu acara berjalan kaki untuk Keamanan dan Kebebasan sebelum menyerahkan memorandum kepada menteri di bangunan Parlimen.

Dalam kenyataan itu, mereka mengatakan pendirian Majlis Peguam mahu memansuhkan undang-undang itu sama seperti satu penghinaan terhadap struktur asas undang-undang tertinggi negara ini.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Majlis Peguam dalam meluluskan usul itu dan menganjurkan acara jalan kaki itu," kata mereka.

Mereka berkata, pandangan Majlis Peguam yang undang-undang hasutan itu tidak konsisten dengan kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan adalah salah dari segi fakta dan undang-undang.

Mereka menegaskan Akta Hasutan bersama Akta Keselamatan Dalam Negeri yang dimansuhkan, Akta Buang Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) menyumbang kepada kekalnya hubungan damai antara kelas yang berbeza dalam masyarakat Malaysia.

Mereka berkata, peruntukan dalam Kanun Keseksaan tidak mencukupi untuk mengambil tindakan atas mereka yang bertanggungjawab menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan dan perasaan permusuhan.

Kumpulan itu juga mengutuk pandangan dan laporan persatuan peguam dari negara lain dan pertubuhan undang-undang antarabangsa mengenai undang-undang hasutan itu, dengan berkata ia satu penghinaan kepada status Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

Mereka mendesak kerajaan memperkenalkan semula semua undang-undang pencegahan yang dihapuskan itu demi memelihara perundangan negara.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana