'Bajet EKR bukan Bajet PKR' Terbaik Lah Dari PM Kita

KUALA LUMPUR - Jenaka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ketika sesi pembentangan Bajet 2015 sebentar tadi mengamatkan Dewan Rakyat.

Kata Perdana Menteri, Bajet 2015 ialah bajet Ekonomi Keperluan Rakyat (EKR) bukannya Bajet PKR berjaya membuatkan dewan 'ketawa' seketika.

"Bajet 2015 ialah bajet 'Pro Rakyat...iaitu bajet EKR bukannya PKR," katanya sekaligus membuatkan dewan 'meriah' seketika.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2015 iaitu bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).
   
Seperti pelan tindakan kewangan yang lain, Najib yang juga Menteri Kewangan semalam membayangkan bahawa Bajet 2015 merupakan belanjawan 'pro rakyat' dan meliputi langkah-langkah mengurangkan beban kos hidup.
   
Antara lain, Bajet 2015 akan membantu meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
   
Perdana Menteri juga menggariskan mengenai pentingnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana