Azmin umum portfolio baru barisan Exco Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, hari ini mengumumkan senarai portfolio barisan exco yang baru.

Kata Azmin, ia satu penjenamaan baru daripada segi bidang tugas serta mengikut keperluan semasa.

Azmin menerajui Exco Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan.

Berikut adalah nama anggota exco serta portfolio masing-masing:

1. Elizabeth Wong (PKR)

- Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna

2. Dr Daroyah Alwi (PKR)

- Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga

3. Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR)

- Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi

4. Amirudin Shari (PKR)

- Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan.

5. Datuk Teng Chang Khim (DAP)

- Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan.

6. Ean Yong Hian Wah (DAP)

- Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru

7. Ganabatirau Veraman (DAP)

- Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang

8. Iskandar Abdul Samad (PAS)

- Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar

9. Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)

- Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi

10. Zaidy Abdul Talib (PAS)

- Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana