Azmin Tidak Halang Oktoberfest...Biar Betul?

SHAH ALAM 10 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

"Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.

"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah," katanya semalam.

Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi.

Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. "Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana