Aziz Bari Pilih Tutup Mulut...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 1 Okt - Bekas Pensyarah Undang-Undang Dr Aziz Bari memilih untuk tidak mengulas sebarang pertanyaan mengenai pertuduhan Akta Hasutan keatasnya atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Peguamnya, Afiq M Noor berkata, Aziz telah disoal siasat selama satu jam setengah oleh pegawai polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam pagi tadi.

Aktivis politik itu tiba di IPD sekitar jam 11 pagi ditemani Afiq dan seorang lagi peguam, Dr Dheeraj Bar.

"Beliau tidak menjawab sebarang persoalan polis berkaitan Seksyen 112.

"Beliau memilih untuk tidak menjawab sebarang pertanyaan untuk tidak melibatkan dirinya," kata Afiq kepada pemberita.

Katanya, Aziz disiasat dibawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana