AZIZ BARI Ketakutan Di IPD Sabak Bernam Sampai Perlu Bawa 8 Penyokong

Ketika melakukan hasutan, Aziz Bari yang mendabik dada kononnya dia pakar Perlembagaan, kelihatan cukup berani, malah mencabar pihak berkuasa agar menangkap dan menahannya atas kesalahan menghasut.

Bagaimanapun, apabila dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam pagi tadi, Aziz Bari ternyata seorang pengecut, penakut dan bacul.

Walaupun sekadar diminta datang untuk memberikan keterangan berhubung laporan polis ke atasnya, Aziz Bari telah meminta dua orang peguam dan 8 orang penyokong untuk menemaninya ke IPD.

Aziz Bari diambil keterangan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Sabak Bernam berhubung kes menghina DYMM Sultan SElangor. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Hasutan 1948.

Antara yang hadir menemani Aziz Bari adalah Azhar bin Achil, Penyelaras SAMM Selangor; Mohamad Affiq, peguam; Dr. Selvaraj, peguam; dan Andy Lim, Setiausaha Aziz Bari.

Selesai memberi keterangan di hadapan pegawai polis pada jam lebih kurang 12:45 tengah hari, Aziz Bari seperti biasa, membuat kenyataan kepada wartawan. Dan seperti biasa juga, Aziz Bari akan menggunakan alasan AKADEMIK untuk mengelak daripada dikenakan tuduhan dan dipersalahkan.

Menurutnya, perkara yang diperkatakannya kepada umum dan secara terbuka itu, sebenarnya merupakan perbincangan biasa kepada para pelajar dan ianya merupakan satu proses pembelajaran kepada mereka. Ia sudah lama dibincangkan sama ada dalam kelas atau forum tetapi mungkin bersifat baru kepada orang awam.

Aziz Bari turut mengatakan, dia akan terus memperkatakan perkara itu dalam forum untuk mendidik rakyat dan orang awam tentang institusi raja di Malaysia.

Dengan kata lain, dia akan terus menghasut orang ramai agar melawan dan menggulingkan pemerintahan raja-raja Melayu atas alasan, ianya merupakan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Cuma dia bijak memberikan alasan bahawa semua itu dibuat atas nama akademik, walaupun sebenarnya forum-forum di mana dia memperkatakan perkara tersebut secara terbuka, adalah forum-forum politik yang tidak ada kena-mengena dengan politik.

Apatah lagi, Aziz Bari sendiri merupakan salah seorang pemimpin PKR yang kalah ketika bertanding di Sabak Bernam pada PRU lepas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana