Awas...ada yang sedang mengintai Azmin?

Nafi siapa pun boleh nafi.Namun kisah yang didakwa kiriman email Rafizi Ramli kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandongi cadangan untuk ' mengikat' Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor sudah bikin panas kalangan PKR.
Apakah email itu sahih? Jawapan ini hanya ada pada Raja Petra Kamaruddin yang mendedahkan menerusi tulisan bertajuk 'Rafizi's real job as sec-gen' di laman Malaysia Today Rabu.

Dalam email yang bertarikh 19 September itu,Rafizi antara lain didakwa mencadangkan kepada Anwar agar Azmin tandatangan surat letak jawatan tidak bertarikh untuk memastikan beliau ikut telunjuk parti dalam menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Raja Petra tidak memberitahu bagaimana beliau mendapat salinan email itu dan mendakwa Rafizi dilantik sebagai Setiausaha Agung PKR adalah untuk ' mengawal' Azmin.

Ia sudah tentu boleh buat perhatian kembali bertumpu kepada Azmin yang tengah hangat ke sana ke mari beraksi dengan tugas barunya.

Awal-awal lagi Menteri Besar yang ditemui wartawan semasa program turun padang di Pelabuhan Kelang Jumaat menafikan apa yang tertera dalam email yang mendakwa beliau dipaksa oleh PKR tandatangan surat letak jawatan itu sebelum ganti Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini.

"Tidak,tidak.itu tidak benar"katanya.

Beliau juga menafikan Rafizi dilantik Setiausaha Agung PKR untuk mengawalnya.

Katanya lantikan itu adalah keputusan parti.

Anwar sewaktu ditanya wartawan baru ini mengenai perubahan jawatan utama parti itu yang melibatkan lantikan Rafizi dan pertukaran Datuk Saifuddin Nasution jadi Pengarah Pilihanraya berkata ia adalah keputusan Datuk Seri Wan Azizah Ismail selaku Presiden PKR.

Namun ramai pemerhati yang meragui Wan Azizah berani buat keputusan sebesar itu.

Semua orang seolah cukup tahu siapa yang paling berkuasa dalam PKR sekalipun tidak memegang jawatan rasmi....yakni Anwar.

Ikut orang dalam PKR berikutan rombakan yang baru diumum boleh kata semua orang yang mengurus parti adalah 'orang Anwar'.

Ini termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tse Tzin yang dilantik sebagai Pengarah Strategik ganti tempat Rafizi.Apa lagi Nurul Izzah yang dilantiksebagai Pengarah Pilihanreaya bersama Saifuddin.

Azmin tidak boleh menyalahkan orang membuat andaian macam-macam khususnya tentang Rafizi.

Sekalipun semua orang tahu Azmin adalah budak mata biru Anwar dulu dan kini namun padang permainan dikatakan sudah berbeza berikutan perubahan kepimpinan di Selangor.

Dalam politik tidak ada sahabat dan musuh yang kekal.

Ramai yang terkejut bila beliau diumumkan sebagai Setiausaha Agung PKR ganti Saifuddin.

Ini kerana beliau sudah berjawatan Naib Presiden PKR.

Malah tidak ada parti lain di negara ini yang lantik Naib Presiden sebagai Setiausaha Agung.

Apakah dalam PKR sudah tidak ada orang lain? Ini antara soalan yang berlegar.

Juga kalau hendak lihat dalam kontek Langkah Kajang...Rafizi nyata telah gagal menjayakan matlamat utama yakni menobatkan Anwar yang tergelincir kerana kes liwat dan kemudian isternya,Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Ramai juga yang bertanya kenapa Saifuddin turun pangkat?

Namun siapa yang berani lawan cakap Sivaji The Boss.

Sehingga berita ini ditulis awal Jumaat malam,baik Rafizi maupun Anwar sendiri belum mengulas atau menafikan kandongan email yang panas itu.

Apakah mereka kelak akan turut nafi seperti Azmin?

Masalahnya tengok kiri....tengok kanan dan bila diteropong segenap sudut ramai yang masih syak ada sesuatu disebalik kenaikan pangkat mengejut Rafizi sebagai Setiausaha Agung.

Mereka lebih melihatnya menjurus kepada soalan dalaman parti.

Sebagai Pengarah Strategi dulu tugas Rafizi adalah merangka hal strategi untuk berdepan dengan parti lawan di luar sana.

Bukankah kebiasaan tugas Setiausaha Agung parti lebih bertumpu dan meneropong urusan dalaman parti?

Jika benar bagai didakwa ,Azmin perlu terima hakikat bahawa mungkin ada yang tidak beres bila sesuatu rancangan besar seperti Langkah Kajang tidak cakap sasaran sebenar seperti yang dihajati penciptanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana