Apa khabar Anwar, Hadi dan Kit Siang... ada baik ka???

Ketika Dewan Rakyat mula bersidang Selasa, pandangan ramai tertumpu kepada tiga orang pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Ini kali pertama mereka bertiga dilihat berada bersama di satu tempat pada satu masa.

Tentu ramai yang masih ingat macam mana ketiga-tiga mereka berperang sakan untuk menentukan siapa yang patut jadi Menteri Besar Selangor.

Anwar bersama Kit Siang sependapat, manakala Abdul Hadi memilih jalan sendiri.

Pada mulanya, ikut Abdul Hadi, Tan Sri Khalid Ibrahim wajar dikekalkan, keadaan itu berubah selepas PKR mencuri dua ADUN PAS untuk sokong isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jadi MB.

Masih ingat gelaran 'barua dan broker' yang Hadi sebut ketika menggulung Muktamar PAS baru-baru ini...? itulah puncak kemarahan Ahli Parlimen Marang tersebut.

Ding dong ding dong dekat tiga bulan akhirnya, ADUN Bukit Antarabangsa Mohamad Azmin Ali jadi MB Selangor ganti Khalid.

Selebihnya sejarah... tapi apakah hubungan Hadi, Anwar dan Kit Siang kembali jernih?

Ini yang jadi tanda-tanya, setakat hari ini, Agendadaily difahamkan, masing-masing buat hal sendiri.

Mereka datang berasingan dan tidak kelihatan bersama dari awal hingga akhir.

Berdasarkan jadual, Hadi ada soalan lisan yang minta Menteri Luar Negeri menyatakan apakah pendirian rasmi Kerajaan terhadap pembentukan wilayah pemerintahan baru di bawah kawalan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sebagaimana yang diisytiharkan pada 29 Jun 2014 yang lalu.

Manakala Anwar pulak berkaitan dengan Akta Hasutan.

Menarik untuk diperhatikan gelagat mereka, terutamanya Hadi dan Anwar sepanjang 28 hari Dewan Rakyat bersidang ini.

Hari ini baru hari pertama Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 akan berakhir pada 27 November depan.

Antara isu panas persidangan kali ini sudah tentu pembentangan bajet oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual pada Jumaat, 10 Oktober.

Selain itu, isu mengenai Akta Hasutan, kenaikan bahan api sudah pasti jadi isu utama yang akan dibawa oleh pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana