ANWAR Sanggup Lakukan Apa Saja...Burukkan NegaraNya Sendiri Semata Mata Kemaruk Nak Berkuasa.

Ketika Ds Najib di Milan,Semalam di Skynews TV Italy..ANWAR burukkan negara demi menyelamatkan dirinya..

Tahniah kepada Ds Najib dan juga Menteri Luar Aniffah Aman dan pasukannya kerena berkerja keras sejak beberapa tahun untuk mendapatkan sokong hampir 100%  dengan 187 undi daripada 193 negara.

Suara pemimpin melayu Umno di peringkat antarabangsa memang diiktiraf sejak sekian lama.Perlu Pisau jelaskan kenapa dibangkitkan atas nama pemimpin melayu Umno ..sebab diluar sana ada juga pemimpin melayu yang menjadi barua yahudi Israel..ada juga pemimpin melayu diluar sana burukkan reputasi negara.
Tahniah Malaysia!
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan lima keutamaan peranan yang akan dilakukan Malaysia dalam memikul amanat sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).
   
Lima keutamaan itu ialah mengembangkan agenda kesederhanaan pada peringkat global; menggalakan rundingan sebagai kaedah penyelesaian konflik, menggalakan operasi pengaman PBB; membantu proses membangunkan keamanan di negara-negara yang menghadapi konflik dan terus membincangkan reformasi komprehensif UNSC.
   
Dalam reaksinya terhadap kejayaan Malaysia meraih satu kerusi UNSC sebagai anggota tidak tetap bermula 1 Januari 2015 hingga 31 Disember 2016, Najib sambil melahirkan rasa syukur dengan sokongan menyeluruh masyarakat antarabangsa, menyifatkan kejayaan itu merupakan penerimaan terhadap dasar luar Malaysia yang berpegang pada prinsip utama dasar luar negara.
   
Malaysia memperoleh 187 undi daripada 193 negara anggota yang menyertai proses pengundian secara sulit di New York, Amerika Syarikat pada Khamis.
   
“Hendak dapat 100 peratus susahlah tapi itu kira sangat baik, pencapaian cemerlang,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan sempena Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) di Milan, Itali.
- Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana