Anwar Dinasihat ‘Cermin Diri’ Sebelum Cari Salah Khalid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 3 Okt – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali AlHabshee menasihatkan, Anwar Ibrahim mencermin diri sendiri sebelum mencari kesalahan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Kata Syed Ali, ternyata Anwar cuba mengalih perhatian rakyat dengan perbicaraan kes liwat 11 nya dijangka pada 28 dan 29 Oktober ini dengan mencari salah Khalid. Selain itu Anwar turut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dalam satu perhimpunan di Gombak pada 2011.

Beliau turut melahirkan rasa kesal dengan pentadbiran kerajaan Selangor sekarang ini yang seolah-olah mengamalkan sikap balas dendam kepada Khalid Ibrahim.

Tindakan terbaru, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menutup akaun Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Kelang yang diwakili Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Pada pandangan saya kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Mohamed Azmin Ali kena memperjuangkan kepentingan rakyat dan bukannya tunduk kepada gesaan-gesaan Anwar Ibrahim cuba membalas dendam kepada Khalid bila isterinya Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor sebagai MB.

“Saya menentang sebarang bentuk campurtangan Anwar dalam pentadbiran kerajaan Selangor. Anwar tiada hak menasihat Mohamed Azmin kerana kedudukan beliau hanya sebagai penasihat dan bukannya presiden parti itu.

“Kalau benar sebelum ini wujud salah laku atau rasuah dalam pentadbiran Khalid Ibrahim biarlah perkara ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)? Buat apa pula Anwar yang berlebih-lebih macamlah dirinya maksum,’’ kata Syed Ali dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Azmin-Ali_Anwar-IbrahimKata Syed Ali, seharusnya Anwar berasa malu tindakannya sebelum ini mahu meletakkan isterinya sebagai MB Selangor ditolak oleh Sultan Selangor dan Majlis Syura Ulama Pas.

Syed Ali dengan tegas mengatakan nafsu politik Anwar sudah hilang kewarasannya sehingga sanggup melakukan apa sahaja kerana cita-cita besarnya mahu menjadi Perdana Menteri.

“Bertaubatlah Anwar… jangan pula mahu mengkucar kacirkan pentadbiran kerajaan Selangor dengan melakukan pelbagai onar politik selagi impian untuk menawan Putrajaya tidak tercapai. Jangan buang masa rakyat dengan pembohongan-pembohongan politik yang tidak berasas.

“Sebelum ini Anwar pernah menuduh pemimpin UMNO gilakan kuasa tetapi kini sudah terang lagi bersuluh, beliau yang lebih kemaruk kuasa sehingga sanggup memegang ‘remote control’ mengarahkan Mohamed Azmin agar tunduk kepada kehendaknya,’’ katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Syed Ali turut menegur kredibiliti Pas sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam pada masa yang sama ekor bergelumang dengan tahi apabila mendiamkan perbuatan onar Anwar dan Dap.

Katanya, Pas kena ingat bahawa penyertaan parti itu dalam Pakatan Rakyat sekadar persefahaman politik untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Pas kena sedar diri, misi Pakatan Rakyat adalah untuk mendapatkan kuasa politik dan bukannya berjuang untuk kepentingan rakyat.

Selama ini katanya, PKR dan Dap hanya menganggap Pas sebagai sampah sarap dan langsung tidak dipandang dalam perbincangan –perbincangan besar parti itu dalam Langkah Kajang dan pencalonan Wan Azizah sebagai MB.

“Sudah banyak kali saya tegaskan, Pas tidak ubah seperti sampah sarap dalam Pakatan Rakyat dan langsung tidak berguna kepada PKR dan Dap. Jalan terbaik bagi Pas adalah keluar daripada Pakatan Rakyat sebagai membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam,’’ katanya.

Presiden Pas, Hadi Awang dan Dewan Ulama Pas seharusnya berasa malu bila diaibkan dengan tindak tanduk Anwar dan Dap yang sanggup mengorbankan kepentingan rakyat kerana kuasa politik.

“Saya rasa bukan sekali putar belit dan sandiwara politik yang dimainkan oleh Anwar untuk memalukan Pas di mata rakyat. Malangnya kerana tujuan Pas sama dengan PKR dan Dap mahu menumbangkan BN dalam pilihan raya umum sehingga sanggup melelong prinsip perjuangan Islam parti itu,’’ katanya.

Seterusnya Syed Ali menasihatkan golongan muda terutamanya menolak politik sempit Pakatan Rakyat yang hanya menjadikan parti itu sebagai hamba kepada kuasa. Akhirnya rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa politik rakus dan tidak bertamadun Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana