Anwar 'Bersendirian' Hadapi Keputusan Liwat II....Rasakan...Orang Sudah Naik Menyampah Lah tu

KUALA LUMPUR 17 Okt - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempelak dalam cubaan mengheret rakyat sekali lagi dalam keputusan kes liwatnya sepertimana yang dilakukan pada 1998.

Terbaru, Aktivis Pro-Pembangkang Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menggesa Anwar untuk bersara dan berhenti untuk melibatkan rakyat bagi membantah keputusan rayuan terakhirnya di Istana Kehakiman Putrajaya, 28 dan 29 Oktober ini.

Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, Datuk Seri bersaralah, berhijrahlah.

"Nyata semakin ramai yang tidak menggemari Datuk Seri. Jelas sekali modus operandinya sama dan berulang seperti tahun tahun terdahulu," kata aktivis LENSA, Ekhsan Bukharee.

Beliau turut menyoal seberapa kerap rakyat perlu dipergunakan setiap kali Anwar menghadapi kes di Mahkamah.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk Seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini?," katanya yang dipetik Malaysiakini.

Sebelum ini, Anwar turut dikecam di laman sosial Facebooknya apabila beliau memuat naik poster menjemput rakyat bersoladiriti di Istana Kehakiman pada hari keputusan rayuan tersebut.

Rata-rata pengguna Facebook mengecam tindakan Anwar dan meminta Ketua Pembangkang itu supaya tidak lagi menggunakan modus operandi yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana