Antara Pil Kuda dan Kuda Tunggangan !

Kuda menguda membawa bencana ...! Itulah perumpamaan yg tepat terhadap nasib Hj Hadi Awang Presiden Pas ... yg kononnya sabuah parti Islam.

Presiden PAS, Hadi Awang hari ini buat pertama kali tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu bagi memberi keterangan membela diri berhubung saman fitnah terhadap beliau oleh bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.

Kehadiran beliau diiringi kira-kira 1,000 orang yang berkumpul di pekarangan mahkamah hasil kempen Solidariti 4 Presiden untuk memperlihatkan sokongan padu kepada beliau dalam menghadapi kes berkenaan.

Dalam keterangan selama lebih setengah jam di hadapan Hakim Dato’ Mohd. Yazid Mustafa, Abdul Hadi, 67, berkata, dalam ceramah beliau ketika berkempen untuk PRU-13 di Kampung Tebakang, Bukit Payong, Marang, 22 April tahun lalu, beliau tidak pernah menyebut secara terperinci nama parti atau nama calon terbabit.

Beliau menjelaskan, dalam kandungan ceramah itu, beliau menyentuh secara umum mengenai wujud salah laku calon-calon daripada pakatan pembangkang termasuk terbabit dalam penggunaan pil kuda.

Menurutnya, pendedahan mengenai pembabitan calon berkenaan adalah berdasarkan maklumat daripada risikan politik pihak pembangkang sebelum beliau memutuskan untuk mengumumkan perkara itu ketika berceramah dalam kempen pilihan raya di Kampung Tebakang.
sekadar budak anwar sudah boleh mengheret Presiden PAS ke Mahkamah..! Ada maruah ke?

Abdul Hadi, turut menolak pertanyaan pihak peguam plaintif bahawa bahawa beliau telah membuat fitnah terhadap Mohd. Shamsul dalam ceramah tersebut, sebaliknya menegaskan fitnah adalah dosa besar dalam Islam.

Sebelum itu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail turut memberi keterangan lebih setengah jam berhubung kes berkenaan di mahkamah yang penuh sesak dengan orang ramai terutama penyokong PAS.

Mahkamah kemudian menangguhkan perbicaraan dan menetapkan 23 November ini untuk menyambung semula keterangan daripada seorang lagi saksi defendan daripada akhbar Kosmo!.

Abdul Hadi sebagai defendan diwakili empat peguam diketuai Asmuni Awi manakala pihak plaintif diwakil lima peguam yang diketuai A. Vasudevan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana