AMK Lancar Kempen ‘Rakyat Hakim Negara’, Solidariti Buat Anwar...Kau Ingat Negara Ini Tak Undang Undang Ker?

KUALA LUMPUR 14 Okt - Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Kempen ‘Rakyat Hakim Negara’ bagi merancang mobilisasi mega pada hari pendengaran rayuan kes Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadual berlangsung selama dua hari mulai 28 Oktober ini.

Kemppen yang bermula hari ini akan berlangsung dalam tempoh 14 hari sehingga tarikh perbicaraan itu yang bakal diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kempen tersebut bertujuan menuntut keadilan untuk Ketua Umum KEADILAN itu, yang menjadi mangsa kerakusan kerajaan.

Selain itu, bagi mempertahankan kebebasan, integriti dan kedaulatan sistem kehakiman negara.

“Kempen ini bukan sahaja bersifat solidariti untuk Anwar, tetapi kami ingin membangkitkan kesedaran orang awam khususnya generasi muda supaya membangunkan komitmen terhadap keadilan dan reformasi sosial di negara kita dengan pelbagai cabaran seperti penindasan Akta Hasutan, kenaikan harga minyak, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan lain-lain lagi,” katanya pada sidang media pelancaran kempen di ibu pejabat parti, hari ini.

Menurut Nik Nazmi, pelbagai program disusun sepanjang tempoh itu seperti flashmob, ceramah jelajah peringkat negeri, edaran risalah, dan program kemuncak pada 28 Oktober.

“Kami akan mulai dengan flashmob di Kelana Jaya pada esok, 15 Oktober, disusuli Selayang, Puchong, Hulu Selangor, dan sebagainya sehingga ke seluruh negara.

“Selain itu, risalah yang bakal diedarkan dilengkapi rentetan perbicaraan kes tersebut,” katanya.

Tambah beliau, siri ceramah bersama Anwar akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara yang akan dimaklumkan kemudian.

“Kami menyeru orang ramai hadir ke program kemuncak tersebut kerana kita semua tidak dikecuali terkesan daripada isu integriti sistem kehakiman negara kita,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana